Wednesday, March 10, 2010

Isteri degil tanda suami gagal

Assalamualaikum warahmatullah,

Para pengunjung blog tentu pernah membaca entry
Isteri menumbuk dan memarahi suami dikhalayak ramai. JIka masih belum, elok baca dulu entry yang itu, sebelum menjamu selera mata ke entry kali ini. Seperti yang selalu saya katakan, suami itu adalah pemimpin rumahtangga dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam kerajaannya. Kali ini saya kongsikan satu lagi artikel oleh Dr Hj Juanda Jaya, yang menyatakan perkara yang sama.

Kita selalu membaca kisah masyarakat yang mana, suami pening dengan sikap isteri yang sering berubah-ubah. Kebiasaannya, isteri mula berubah bila hidup di alam rumahtangga itu semakin mencecah usia lima tahun, kadang-kala mereka mulai berubah kurang daripada usia itu. Semakin hari si isteri menjadi semakin degil, membangkang, sikapnya mula melawan dan kadang-kala tidak segan silu mulai meninggikan suara kepada suami. Boleh dikatakan agak normal jika tingkah lakunya begitu cuma sekali sekala, itu pun kerana mengalami dilanda perubahan hormon setiap bulan, tetapi jika si isteri sudah mula dilanda tsunami perubahan hormon secara drastik atau sebab penyakit yang mempengaruhinya emosinya, hemm… sudah tentulah ada yang tidak berapa kena!

Cuba semak apa yang sedang berlaku. Boleh jadi si isteri terlalu kerap ditinggal-tinggalka n kerana suami sering out station. [NB: Out station boleh jadi kerana kerja, mungkin saja out station ke rumah madu dua atau tiga...] Walau apapun alasan suami keluar out station, ini memberi peluang isterinya bergaul dengan rakan-rakan bermasalah, maka berjangkitlah penyakit ‘bawaan kawan’ ini. Suami pula sudah mulai tidak sabar dengan sikap isteri, ada kalanya si isteri sibuk dengan kegilaan abarunya iaitu membeli belah dan berhutang dengan along demi mengikut trend. Jika dinasihati dia melenting, anak-anak ditinggalkan hingga larut malam kerana mahu mencuba perniagaan baru. Contohnya.

Suami yang tidak tahan mula mengadu kepada ibunya, mak mertua dan kawan-kawan yang perihatin. MALANG sungguh, dia lupa kesilapan isteri itu sebenarnya amat berkait rapat dengan kelemahan dirinya sendiri. Sebenarnya, perkahwinan itu mula retak jika suami dan isteri tiada rasa bertanggungjawap ke atas pasangan masing-masing. Rasa bertanggungjawap ke atas pasangan ini amat penting untuk mempastikan kedua-duanya berjalan menuju ke arah yang satu.

Tanggungjawap bermakna suami mesti mendidik pasangan untuk bersatu hati, komited atas kerja membina keluarga bersama-sama, berbincang dan bermesyuarat dalam merancang masa depan, membahagi tugas dan peranan masing-masing tanpa diskriminasi dan manipulasi antara satu sama lain.

Tetapi bagaimana isteri mahu dibawa berbincang jika suami asyik membawa diri sendiri? Sibuk dengan kerja hingga lupa bagaimana untuk berkomunikasi mesra dengan isteri. Bila berjumpa hanya arahan saja yang kedengaran ataupun kata-kata menyalahkan isteri, cerewet melihat ketidak-sempurnaan layanan walaupun sebenarnya isteri telah bertungkus lumus untuk memberi ruang keselesaan. Lama-kelamaan isteri tidak puas hati, suami asyik mencari salah dirinya dan suami benar saja selama-lamanya.

Wajib menasihati

Di manakah sentuhan jiwa suami yang dulu pernah menjinakkan isteri? Jika dahulu semasa bercinta, pijak semut pun tak mati... bicaranya merintih seperti seekor pungguk yang memuja bulan purnama. Bergayut di talipon hingga habis kredit... Naik lenguh jari menggengam talipon dan naik panas telinga dek terkena serpihan haba bateri... Orang putih sebut, zaman 'butterfly tummy' .... Hemmm.... Setelah berumahtangga, jangankan bercakap lembut, mata suami pun tidak sempat algi memandang isteri. Kalau ADA hajat, barulah terhegeh-hegeh menyentuh-nyentuh isteri, dipujuk-pujuk padahal ketika itu isteri masih menyimpan marah dan langsung tiada mood untuk bermesra. Akhirnya aktiviti seksual yang sepatutnya menjadi ibadah yang boleh mengeratkan keintiman suami-isteri, dilakukan asal jalan saja tanpa keseronokan dan kepuasan.

Jika isteri memberontak, suami pun mudah saja mengata isteri degil dan suka melawan. Tetapi berapa ramai suami yang mengambil tindakan postif dengan mencari punca-punca kepada tindakan negatif si isteri? Tiada masa untuk berbincang sebagaimana dulu semasa baru berkenalan. Mangapa masa amat mencemburi mereka? Sibuk ke sana ke sini hingga tidak tersentuh insan yang paling ebrharga dalam hidup? Sebenarnya masalah isteri degil ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan suami-suami yang beriman wajib menasihati isteri sebelum meulaukan atau emmukul tanpa mencederakannya.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 34 yang bermaksud,
“Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggaljanlah mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan utnuk menyusahkan mereka.”

Sentuhan jiwa

Tidak perlu pukulan, memaki dan memulau isteri, yang paling MUSTAHAK adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Tapi jika masa berbual pun terhad, bagaimana pula hendak menunaikan tanggungjawap menasihati isteri?

Sebenarnya tidak susah mencairkan hati isteri, berbincang dan berbual panjanglah dengannya. Dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran negatif, bahkan diri anda pun tiada bezanya. Jadi bersabarlah jika mahu meluruskan tulang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi jangan biarkan ia rosak.

Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Lupakah anda pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”

Anda disuruh menjaganya, bukan mempergunakannya sesuka hati. Sudah habis diguna, dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak dituduh tidak sempurna, tidak bermanafaat dan tidak membawa untung. Dia adalah amanah Allah SWT yang AKAN disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri, adakah ia sesuai menurut suruhan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud, “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukan solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)

Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda menggenggam tangannya menapaki kehidupan ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri.

Bukan hanya solat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.

Renung-renungkan!

KEISTIMEWAAN DAN KEGUNAAN SIFAT MARAH



Sifat marah adalah salah satu sifat yang dimiliki oleh makhluk bernama manusia. Sehinggakan seseorang itu akan digelar ‘ Si Panas Baran ‘ kerana sifat amarah yang dimiliki tidak dapat dikawal atau dibendung. Sifat marah dicipta oleh Allah mempunyai keistimewaan dan keindahannya yang tersendiri bagi mereka yang benar-benar mengerti dan menghayati. Disebalik ujian untuk menguji keimanan dan ketakwaan sifat marah perlu pada sesuatu ketika.

Hadis riwayat Imam Ahmad

“ Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah “.

Didalam islam kita dianjurkan untuk mengawal perasaan marah bukan beerti kita perlu membuang terus sifat marah tersebut.

Mengawal kemarahan adalah dengan mendidik, mengajar dan mengerahkan perasaan marah agar ia tunduk kepada pertimbangan aqal dan suruhan syarak. Mengasuh dan mengajar perasaan agar tidak cepat melatah, mudah memberi kemaafan, menjauhi pertelingkahan dan perkara-perkara yang menyebabkan marah.

Hadis riwayat Al Tarmizi dan Ibnu Majah

“ Barang siapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahklannya, maka Allah S.W.T akan memanggilnya dihadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah S.W.T memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia suka “.

Mungkin anda tertanya-tanya bilakah sifat marah itu diperlukan ?. Sebenarnya sifat marah dicipta dan diperlukan ketika ingin memerangi musuh-musuh Allah, menghalang kekufuran dan kejahatan. Sifat marah juga perlu bagi mencegah perkara mungkar dan menyeru kepada perkara makruf.

Ketika mana pula sifat marah itu dilarang ?.
Sifat marah itu dilarang ketika marah yang disebabkan
oleh hawa nafsu yang mendorong pelakunya bersikap diluar batasan atau melampaui ketika dalam berbicara, memaki hamun, menyakiti sahabatnya dengan kata-kata yang kesat yang mana sikap-sikap buruk ini menjauhkan diri dari sifat kelembutan, sabar dan tenang.

Hadis riwayat Imam Ahmad

” Berikanlah kasih sayang, nescaya kalian akan dikasihi dan berikanlah keampunan, nescaya kalian akan diberi keampunan. Celakalah bagi orang-orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang-orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedang mereka mengetahui (larangan berbuat dosa itu) ”.

Hadis riwayat Muslim

” Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa) ”.

Islam menganjurkan beberapa perkara untuk membendung perasaan dalam keadaan marah :

1) Jika anda marah ketika sedang berdiri hendaklah anda duduk dan jika masih tidak kurang hendaklah duduk jika masih tidak kurang hendaklah baring.


Hadis riwayat Imam Ahmad

” Jika seseorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia baring ”.

2) Menganbil wuduk

Hadis riwayat Abu Daud

” Sesungguhnya syaitan itu daripada api dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorang kamu marah, maka ambillah wuduk ”.

3) Berzikir, bertasbih dan membaca al-Quran

Surah Ar-Ra’d ayat 28

” (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ’ zikrullah’. Ketahuilah ’ zikrullah ’ itu, tenang tenteramlah hati manusia ”.

Islam juga menyarankan beberapa perkara dalam mendidik hati agar sifat marah dapat ditundukkan atau dikawal.

1) Berdoalah kepada Allah agar menghilangkan sifat-sifat mazmumah dan memasukkan sifat-sifat mehmudah.

” Dan tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepada ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk Neraka jahanam dalam keadaan hina ”.

2) Belajar dan mengingati akan kelebihan menahan marah.

3) Menanam sifat sabardan lemah lembut. Sentiasa mehasabah diri dan meningkatkan sifat-sifat terpuji.

Sahabatan sekalian, saya mengingatkan diri saya dan ingin mengajak sahabat semua merenungkan akan keistimewaan dan keindahan sifat sabar agar dapat dipraktikkan berlandaskan syariat islam.

Sabda rasullullah

” Janganlah kamu ketawa didunia, nanti kamu akan menangis di dalam neraka, lebih baik kamu menangis di dunia, supaya kamu tersenyum di syurga ”.







Menghina orang lain seperti caci diri sendiri





RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Melakukan perbuatan seperti memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh kemampuan orang lain, memanggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik, memalukan orang, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan kepada orang lain dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain dengan perkataan-perkataan yang buruk seumpama dia mencaci dirinya sendiri.

Sebaik-baiknya sebagai umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong tanpa mengira agama dan keturunan orang yang ingin dibantu.

Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan itu sekalipun seseorang yang dicela memang melakukan dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu sudah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.

Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.


Tuesday, March 9, 2010

Dosa yang lebih HEBAT dari Zina

Kisah ini diforward oleh kawan saya bernama AB, semoga ade pengajaran untuk kita.

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk.

Air matanya berderai tatkala dia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut

"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita,

"Saya ......telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,"Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut. "Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?"

Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril."Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.


Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya.


Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.


Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.Insyallah.

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman.. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar.. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci..
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
http://api.ning.com/files/czNgqUQ1z1RNjLJJN5U-xjvuLb1Nn5Wpw49qx-5uYQn82wO*vuRFjDpbKoIXSszB61uim2JOJeKd51*-7s-C0*pLjxplDJxD/4567.bmp


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
http://farm4.static.flickr.com/3626/3427910878_74316d865f.jpg?v=0


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a..w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
http://www.apisbp.com/wp-content/uploads/2009/08/solat-jamaah.jpg
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s...a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmcE2FWVXt5gwB00VaroRI0I77WP91xUGhrqAUCqWQ7-luDb22Y_m8_eE7OkHnzAAMXzewnBzRuzH2RAk4XQ_5GguceBz1tE3A-ytJ_spDmAhm-8D1kldrL5Y5lVvMsXqCdvKCfprWVC41/s320/Al-Fatihah.png


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
http://maalimfitariq.files.wordpress.com/2009/09/iktikaf21.jpg


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
subuh-berjamaah.png masjid al akbar surabaya image  by  detbucket


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
http://i257.photobucket.com/albums/hh206/3asfuura/Prayers/Trust.jpg


9. Orang yang membelanjakan harta (infak)..
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”
http://innerinspiration.files.wordpress.com/2009/10/sedekah.jpg


10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
http://dunianopy.wordpress.com/files/2009/09/sahur.jpg


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjs_gYJ2NwiUxjZz_hIv5On1HS3AnhSy3N76ky1vftIx4D2noUm-Bu-fWezuQldWs2-lZ0AMCuO0L6-BvAHdzVC8ObFDqx3azS5pQXPqbCG_Mop5cWe5E0dHZ9t3x3HXHLoShwsydpLRF5z/s400/KG-Orang+Sakit-19+Mei.JPG


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah



salam haluuuuuuuuuuuu semua thanks for kaming my blog hahah ok simple about me ok firtsly call me uncle choopieey ok u know why????? x pyh ler sebok nak tau huh ( sambil mengusap-usap janggut) berbalik dari tadi ok aku ni kire sorg yg ok lar ...... suam suam kuku erm suke usik orang itu dah menjadik agenda gua kalau lepak hahah erm seorg yg helpful x kire aper jua skali pon aku akan try bantu erm ... tp tgk keadaan jgk kadang2 pon aku sendiri ke laut hihihih erm suka pada kegembiraan katerkan tidak pada kesedihan ( ader maser touching gak hipokrit ler katerkan) suke joke sakat geng2 melawak then suka merancang sesuatu yg bermakna dan sehingga meninggalkan kesan pada yg menerima rancangan tersebut (org kater aku ni otak mahathir) hahah sajer jer tulis camtu tp btol ler huh bkn aku yg kater org yg kater erm.... tujuan aku nak aderkan blog ni aku nak kongsi masalah korang atau masalah aku then nak ler tukor pendapat ...satu lagi dapat ler aku ramai kawan ( nak kawan nak kawan) erm kalau org tanyer aku arrr saper pemimpin ygaku nak jumper perghhh terus terang aku ckp tun mahathir punya sbb beliau ler tpt aku jadikan platform utk membuat sesuatu yg bermakna coz idea beliau mmg tip top gua respek beliau gua anggap dia bapak gua hahah kalau tnyer artis yg gua nak jumper of coz ler akhil hai walaupun beliau ni bnyk kontroversi tp beliau seorg yg simple bak kater org lamo arrr kalau berkawan atau meminati sesorg tu jgn ler kiter kawan/minat kerana kebaikan dia sbb biler keburukan dia kiter nmpk pasti kiter akan membencinya hahaahh madah tuh so aper pon fikir lah yg positif jgn fikir yg negatif buat ler sesuatu yg mendatangkan manfaat dan ekonomi pada diri sendiri dan nega cheewah ader iras perdana menteri x ucapan gua tadi ok ler sampai sini jer larrr Kepada suma yang singgah di blog Aku ni! aku ucapkan jutaan terima kasih..tanpa korang saper lar akue!...
ok ler pader semua keep in touch salam ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,1 malaysia



huh awek yg kat sebalah ni awek aku tp tu dulu arrr ...sob sob sob tp sekarang...(termenung sambil mendongak kelangit) beliau ni dah jadik bini aku hak2 suspen x mcm haram jer huh terus terang aku cakap aku sayang giler kat bini aku ni coz dia seorg yg penyabar prihatin dgn keadaan aku x memilih x cerewet (tp kadang2 tu ader gak cerewetnyer) erm pemalu pun ader tp ka;au dah wat marah phm2 jer org pompuan ni kan... dan yg more important beliau ni lawa siot chinese look tuh hu untung gua erm nak tau camner nak dapat bini cun huhhh blaja dgn uncle lar uncle x kedekut ilmu punya hahahah erm ... tu jer lar kot wat maser ni kalau jumper bini uncle ni kat luar just tegur biaser jer x pyh melarat sampai nak mintx phone number huh ...

seriusly i love u so much my dear ...... (ayat time kapel)





hehe ni ler buktinya diriku ni dah berkahwin hohoho kawin mude syioll alhamdulillah doa2 kan ler kami ni kekal hingga ke anak cucu dan cicit(kalau sempat lar) lawakan ala tau dah mesti cakap lawa punya huh yg x kawin tu cpt2 ler erh..... erm so far hidup gua ni dah lengkap arrr ader og jager anda biler lagi (yg x nikah lagi lar) huhu yg dah ader awek tu jgn lamer sgt karang berkeladak x laku hik3
so 3 tahun dah kawin so tahun lepas baru ler dapat anak gurl lak tuh huh lengkap siot hidop gua .....


ni ler puteri sulung gua yg ku beri nama Nur Safiyyah Balqish amacam tomey x uih ni ler pengubat kaler rindu bile pnt working blk tgk qish terus ilang penat huh besaw tul kuasa Allah dia bagi aku anak yg tomey mcm mak dia gak heheh baby aku ni aku mak aku ckp anak mekah sbb kawan bpk aku gi doa kat sane biler blk dari mekah dia bagi aku air zam2 dgn buah hawa suruh bini aku minum supaya dpt zuriat alhamdulillah dapat pon thanks Haji din and Thanks of god..... i love u sayang and my princess