Wednesday, March 10, 2010

Isteri degil tanda suami gagal

Assalamualaikum warahmatullah,

Para pengunjung blog tentu pernah membaca entry
Isteri menumbuk dan memarahi suami dikhalayak ramai. JIka masih belum, elok baca dulu entry yang itu, sebelum menjamu selera mata ke entry kali ini. Seperti yang selalu saya katakan, suami itu adalah pemimpin rumahtangga dan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam kerajaannya. Kali ini saya kongsikan satu lagi artikel oleh Dr Hj Juanda Jaya, yang menyatakan perkara yang sama.

Kita selalu membaca kisah masyarakat yang mana, suami pening dengan sikap isteri yang sering berubah-ubah. Kebiasaannya, isteri mula berubah bila hidup di alam rumahtangga itu semakin mencecah usia lima tahun, kadang-kala mereka mulai berubah kurang daripada usia itu. Semakin hari si isteri menjadi semakin degil, membangkang, sikapnya mula melawan dan kadang-kala tidak segan silu mulai meninggikan suara kepada suami. Boleh dikatakan agak normal jika tingkah lakunya begitu cuma sekali sekala, itu pun kerana mengalami dilanda perubahan hormon setiap bulan, tetapi jika si isteri sudah mula dilanda tsunami perubahan hormon secara drastik atau sebab penyakit yang mempengaruhinya emosinya, hemm… sudah tentulah ada yang tidak berapa kena!

Cuba semak apa yang sedang berlaku. Boleh jadi si isteri terlalu kerap ditinggal-tinggalka n kerana suami sering out station. [NB: Out station boleh jadi kerana kerja, mungkin saja out station ke rumah madu dua atau tiga...] Walau apapun alasan suami keluar out station, ini memberi peluang isterinya bergaul dengan rakan-rakan bermasalah, maka berjangkitlah penyakit ‘bawaan kawan’ ini. Suami pula sudah mulai tidak sabar dengan sikap isteri, ada kalanya si isteri sibuk dengan kegilaan abarunya iaitu membeli belah dan berhutang dengan along demi mengikut trend. Jika dinasihati dia melenting, anak-anak ditinggalkan hingga larut malam kerana mahu mencuba perniagaan baru. Contohnya.

Suami yang tidak tahan mula mengadu kepada ibunya, mak mertua dan kawan-kawan yang perihatin. MALANG sungguh, dia lupa kesilapan isteri itu sebenarnya amat berkait rapat dengan kelemahan dirinya sendiri. Sebenarnya, perkahwinan itu mula retak jika suami dan isteri tiada rasa bertanggungjawap ke atas pasangan masing-masing. Rasa bertanggungjawap ke atas pasangan ini amat penting untuk mempastikan kedua-duanya berjalan menuju ke arah yang satu.

Tanggungjawap bermakna suami mesti mendidik pasangan untuk bersatu hati, komited atas kerja membina keluarga bersama-sama, berbincang dan bermesyuarat dalam merancang masa depan, membahagi tugas dan peranan masing-masing tanpa diskriminasi dan manipulasi antara satu sama lain.

Tetapi bagaimana isteri mahu dibawa berbincang jika suami asyik membawa diri sendiri? Sibuk dengan kerja hingga lupa bagaimana untuk berkomunikasi mesra dengan isteri. Bila berjumpa hanya arahan saja yang kedengaran ataupun kata-kata menyalahkan isteri, cerewet melihat ketidak-sempurnaan layanan walaupun sebenarnya isteri telah bertungkus lumus untuk memberi ruang keselesaan. Lama-kelamaan isteri tidak puas hati, suami asyik mencari salah dirinya dan suami benar saja selama-lamanya.

Wajib menasihati

Di manakah sentuhan jiwa suami yang dulu pernah menjinakkan isteri? Jika dahulu semasa bercinta, pijak semut pun tak mati... bicaranya merintih seperti seekor pungguk yang memuja bulan purnama. Bergayut di talipon hingga habis kredit... Naik lenguh jari menggengam talipon dan naik panas telinga dek terkena serpihan haba bateri... Orang putih sebut, zaman 'butterfly tummy' .... Hemmm.... Setelah berumahtangga, jangankan bercakap lembut, mata suami pun tidak sempat algi memandang isteri. Kalau ADA hajat, barulah terhegeh-hegeh menyentuh-nyentuh isteri, dipujuk-pujuk padahal ketika itu isteri masih menyimpan marah dan langsung tiada mood untuk bermesra. Akhirnya aktiviti seksual yang sepatutnya menjadi ibadah yang boleh mengeratkan keintiman suami-isteri, dilakukan asal jalan saja tanpa keseronokan dan kepuasan.

Jika isteri memberontak, suami pun mudah saja mengata isteri degil dan suka melawan. Tetapi berapa ramai suami yang mengambil tindakan postif dengan mencari punca-punca kepada tindakan negatif si isteri? Tiada masa untuk berbincang sebagaimana dulu semasa baru berkenalan. Mangapa masa amat mencemburi mereka? Sibuk ke sana ke sini hingga tidak tersentuh insan yang paling ebrharga dalam hidup? Sebenarnya masalah isteri degil ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan suami-suami yang beriman wajib menasihati isteri sebelum meulaukan atau emmukul tanpa mencederakannya.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 34 yang bermaksud,
“Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggaljanlah mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan utnuk menyusahkan mereka.”

Sentuhan jiwa

Tidak perlu pukulan, memaki dan memulau isteri, yang paling MUSTAHAK adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Tapi jika masa berbual pun terhad, bagaimana pula hendak menunaikan tanggungjawap menasihati isteri?

Sebenarnya tidak susah mencairkan hati isteri, berbincang dan berbual panjanglah dengannya. Dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran negatif, bahkan diri anda pun tiada bezanya. Jadi bersabarlah jika mahu meluruskan tulang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi jangan biarkan ia rosak.

Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Lupakah anda pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”

Anda disuruh menjaganya, bukan mempergunakannya sesuka hati. Sudah habis diguna, dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak dituduh tidak sempurna, tidak bermanafaat dan tidak membawa untung. Dia adalah amanah Allah SWT yang AKAN disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri, adakah ia sesuai menurut suruhan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud, “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukan solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)

Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda menggenggam tangannya menapaki kehidupan ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri.

Bukan hanya solat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.

Renung-renungkan!

KEISTIMEWAAN DAN KEGUNAAN SIFAT MARAH



Sifat marah adalah salah satu sifat yang dimiliki oleh makhluk bernama manusia. Sehinggakan seseorang itu akan digelar ‘ Si Panas Baran ‘ kerana sifat amarah yang dimiliki tidak dapat dikawal atau dibendung. Sifat marah dicipta oleh Allah mempunyai keistimewaan dan keindahannya yang tersendiri bagi mereka yang benar-benar mengerti dan menghayati. Disebalik ujian untuk menguji keimanan dan ketakwaan sifat marah perlu pada sesuatu ketika.

Hadis riwayat Imam Ahmad

“ Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah “.

Didalam islam kita dianjurkan untuk mengawal perasaan marah bukan beerti kita perlu membuang terus sifat marah tersebut.

Mengawal kemarahan adalah dengan mendidik, mengajar dan mengerahkan perasaan marah agar ia tunduk kepada pertimbangan aqal dan suruhan syarak. Mengasuh dan mengajar perasaan agar tidak cepat melatah, mudah memberi kemaafan, menjauhi pertelingkahan dan perkara-perkara yang menyebabkan marah.

Hadis riwayat Al Tarmizi dan Ibnu Majah

“ Barang siapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahklannya, maka Allah S.W.T akan memanggilnya dihadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah S.W.T memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia suka “.

Mungkin anda tertanya-tanya bilakah sifat marah itu diperlukan ?. Sebenarnya sifat marah dicipta dan diperlukan ketika ingin memerangi musuh-musuh Allah, menghalang kekufuran dan kejahatan. Sifat marah juga perlu bagi mencegah perkara mungkar dan menyeru kepada perkara makruf.

Ketika mana pula sifat marah itu dilarang ?.
Sifat marah itu dilarang ketika marah yang disebabkan
oleh hawa nafsu yang mendorong pelakunya bersikap diluar batasan atau melampaui ketika dalam berbicara, memaki hamun, menyakiti sahabatnya dengan kata-kata yang kesat yang mana sikap-sikap buruk ini menjauhkan diri dari sifat kelembutan, sabar dan tenang.

Hadis riwayat Imam Ahmad

” Berikanlah kasih sayang, nescaya kalian akan dikasihi dan berikanlah keampunan, nescaya kalian akan diberi keampunan. Celakalah bagi orang-orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang-orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedang mereka mengetahui (larangan berbuat dosa itu) ”.

Hadis riwayat Muslim

” Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa) ”.

Islam menganjurkan beberapa perkara untuk membendung perasaan dalam keadaan marah :

1) Jika anda marah ketika sedang berdiri hendaklah anda duduk dan jika masih tidak kurang hendaklah duduk jika masih tidak kurang hendaklah baring.


Hadis riwayat Imam Ahmad

” Jika seseorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia baring ”.

2) Menganbil wuduk

Hadis riwayat Abu Daud

” Sesungguhnya syaitan itu daripada api dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorang kamu marah, maka ambillah wuduk ”.

3) Berzikir, bertasbih dan membaca al-Quran

Surah Ar-Ra’d ayat 28

” (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ’ zikrullah’. Ketahuilah ’ zikrullah ’ itu, tenang tenteramlah hati manusia ”.

Islam juga menyarankan beberapa perkara dalam mendidik hati agar sifat marah dapat ditundukkan atau dikawal.

1) Berdoalah kepada Allah agar menghilangkan sifat-sifat mazmumah dan memasukkan sifat-sifat mehmudah.

” Dan tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepada ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk Neraka jahanam dalam keadaan hina ”.

2) Belajar dan mengingati akan kelebihan menahan marah.

3) Menanam sifat sabardan lemah lembut. Sentiasa mehasabah diri dan meningkatkan sifat-sifat terpuji.

Sahabatan sekalian, saya mengingatkan diri saya dan ingin mengajak sahabat semua merenungkan akan keistimewaan dan keindahan sifat sabar agar dapat dipraktikkan berlandaskan syariat islam.

Sabda rasullullah

” Janganlah kamu ketawa didunia, nanti kamu akan menangis di dalam neraka, lebih baik kamu menangis di dunia, supaya kamu tersenyum di syurga ”.







Menghina orang lain seperti caci diri sendiri





RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Melakukan perbuatan seperti memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh kemampuan orang lain, memanggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik, memalukan orang, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan kepada orang lain dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain dengan perkataan-perkataan yang buruk seumpama dia mencaci dirinya sendiri.

Sebaik-baiknya sebagai umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong tanpa mengira agama dan keturunan orang yang ingin dibantu.

Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan itu sekalipun seseorang yang dicela memang melakukan dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu sudah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.

Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.


No comments:

Post a Comment